Batik

 

Batik

Assalamualaikum,hai semua... 1st entry ni kakjue terpanggil untuk menulis tentang batik..pengalaman bekerja selama beberapa bulan di kilang mencanting batik..kakjue seorang peminat seni batik tapi tangan tidak berseni hihi..

jom kenali batik...


 Batik (Jawi dan Pegonباتيق‎, Hanacarakaꦧꦛꦶꦏ꧀ bathik) adalah seni tampak yang dikembangkan oleh Orang Jawa. Seni ini menerapkan atau menandakan ("mencanting") corak pelbagai gaya menggunakan lilin pada kain yang kemudiannya diwarnakan meninggalkan kesan cantingan.

Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya ialah batik tulisbatik skrinbatik celup, dan batik terap. Teknik batik telah diketahui selama lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti CameroonMali dan Nigeria; atau di Asia, seperti JepunBangladeshIndiaIndonesiaIranMalaysiaSri Lanka dan Thailand. Batik telah menjadi sebahagian daripada budaya dunia terutama di Nusantara, dan sejak lama, merangkumi negara-negara Asia Tenggara.

Batik Indonesia, yang dianggap sebagai keseluruhan teknik, teknologi, serta pengembangan motif dan budaya batik, telah ditetapkan oleh UNESCO sebagai Warisan Kemanusiaan untuk Budaya Lisan dan Nonbendawi (Masterpieces of the Oral and Intangible Heritage of Humanity) sejak 2 Oktober 2009.

👇

Batik modern Raifili


Comments